NADI X E-Sukan Kelas Kesedaran – Hak Cipta dan Harta Intelek dalam E-Sukan
17 November 2025 | Aktiviti TerkiniPada 16 November 2025 NADI Rantau Panjang telah melaksanakan kelas kesedaran – Hak Cipta dan Harta Intelek dalam E-Sukan secara atas talian di platform LMS E-Sukan. Kelas ini telah dihadiri oleh kumpulan permain wakil ESukan NADI Rantau Panjang iaitu 5 orang peserta.
Perisian kelas kesedaran ini adalah berkaitan dengan Hak Cipta dan Harta Intelek dalam bidang E-Sukan. Maklumat ini serba sedikit menerangkan tentang melindungi hasil kreativiti dan merangkumi idea yang mempunyai nilai dan dimiliki oleh penciptanya. Peserta juga diterangkan tentang pelanggaran hak cipta dalam konteks E-Sukan. Kelas ini juga turut menerangkan risiko – risiko yang akan dihadpai pesalah dalam pelanggaran hak cipta di dalam akta dan undang – undang. Oleh itu, pengguna harus lah peka dan beretika dalam menggunakkan bahan – bahan di dalam internet mahupun dalam E-Sukan.
Secara keseluruhan, peserta telah memahami serba sedikit tentang Hak Cipta dan Harta Intelek dalam menjaga reputasi pencipta dan melindugi hasil kreativiti pencipta.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: